Muzik

REVIEW: Lagu Duet Fazura & Anggun Dikritik Teruk Pendengar Indonesia

Lagu terbaharu Fazura berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Anggun di dalam lagu “The Good Is Back” baru sahaja diperdengarkan kepada pendengar sebentar tadi menerusi laman Youtube Anggun.

Bagi kami di Hangat, ini merupakan satu kolabrasi yang baik dan sedap didengar. Tidak menafikan ada netizen yang mempertikaikan tindakan pelakon sepertinya terjun ke bidang seni suara, namun bagi kami setiap orang mempunyai bakat tersendiri, justeru tidak salah untuk Fazura mencuba.

Namun tak semua merasa terkesan dengan lagu ini di Youtube. Di ruangan komen, beberapa peminat muzik menyebut paduan suara Anggun dan Fazura seperti tidak ada keserasian. Lihat komen-komen dari pendengar ini.

Ada netizen yang memberi teguran supaya Fazura supaya lebih bersungguh untuk memperbaiki vokalnya pada masa akan datang.

Ramai pendengar nampaknya tidak berpuas hati dengan nyanyian lagu itu. Macam lah suara mereka yang kritik ni sedap sangat!

Menurut laporan dari BH Online, Anggun berkata, Fazura dipilih kerana bintang itu mempunyai persamaan dengan dirinya.

“Ini kali pertama bertemu dengannya. Sebelum ini saya hanya mengetahuinya dari jauh, menerusi lakonannya. Kami juga berkongsi nasib serupa apabila sama-sama kehilangan ayah. Saya sangat mengagumi semangatnya kental itu. Semangat itu yang kami selitkan dalam lagu yang mempunyai mesej positif ini,” kata Anggun

Walaubagaimanapun, kami di Hangat percaya Fazura  tidak akan tunduk dengan segala kritikan. Dalam perkembangan lain, menurut xtra.com.my Fazura memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia tak lama lagi!

via : Hangat